Memajukan Islam Malaysia……

0 comments


Memajukan Islam Malaysia……

Mengikut statistik rambang dan menyeluruh terdapat kurang lebih 35% ahli professional terlibat menggerakkan aktiviti dan menjadi pemimpin NGO Islam. Jumlah keseluruhan mereka mengikut kiraan tergapai dalam bancian ialah 5,000 orang. Maksudnya hanya 1750 sahaja yang  menjadi pemimpin atau ahli jawatan kuasa yang aktif dalam NGO Islam. Siapakah para professional ini? Mereka ialah rakyat Islam Malaysia yang bekerja sepenuh masa dengan tauliah ijazah  ilmu asas, pakar mahupun kemahiran tinggi mereka . Mereka dari pelbagai jurusan dan bidang tetapi tidak termasuk para daei atau ustad dan tuan guru yang professional dalam sebarang pengajian Islam. Dengan kata lain para professional ilmuan Islam yang bukan teknikal dan para daei tidak termasuk dalam statistic ini tetapi para peguam dan para pendidik yang bukan digolongkan oleh para ulamak Islam sebagai ulamak ugama adalah diperhitungkan dan mereka adalah dari pelbagai suku bangsa.

Ketika NGO-NGO Islam ini kelihatan seperti menjadi tunjang dan bergabung dengan pengaruh politik Parti PAS, pengaruh perjuangan dan mentaliliti parti itu amat digeruni. Para professional ini dapat menghidu suku-suku bangsa bukan Melayu dan bukan Islam dikerah oleh pemimpin politik mereka supaya menubuhkan pelbagai NGO untuk menjadi tulang belakang perjuangan menuntut dan menjaga kepentingan sukubangsa mereka.

Apabila beberapa pertubuhan dan NGO Cina dan India seperti Jiashu atau Kiasu dan Hindraf dan lain-lain kelihatan seolah-olah mantap dengan perpaduan dan serius memperjuangkan kepentingan suku kaum yang mereka wakili,  kerajaan AMNOBN yang merasa terhimpit dan merasa panas bahang mereka, mula menggerakkan penubuhan NGO-NGO dan persatuan bersentrikkan Melayu. Malangnya ia kelihatan begitu ekstrim dan kurang keintelektualan kerena kurang perancangan kemas. Ini disebabkan NGO-NGO yang ditaja AMNO tidak diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Banyak pemimpin NGO Islam yang berwibawa tidak berminat dengan politik  Melayu AMNO.

 Mereka menganggap NGO-NGO tajaan AMNO tidak memiliki standard dan nilai universal. Ini adalah kerana banyak professional Melayu yang memiliki nilai universal menjauhkan diri dari politik Melayu. Mereka menganggap penguasaan politik Melayu telah tercemar  dengan peradaban rendah. Keperibadian tokoh-tokoh serta para ahli politik dilihat tidak mengutamakan subjek atau rakyat tetapi lebih banyak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Mereka digambarkan seperti kumpulan yang telah rendah moral dan akhlak kerana gagal membersihkan bidang politik yang dikuasai dari budaya rasuah, penyelewengan, pecah amanah dan salah menggunakan kuasa.

Sehubungan itu,  perjuangan Melayu Islam AMNO terhadap agama kelihatan begitu hambar kerana terlalu terikat dengan kuasa politik dan kepentingan Melayu. Ramai para intelektual Melayu pula kelihatan tidak sensitif apabila masyarakat menggelar mereka sebagai professor kangkung kerana sering terperangkap menjawab sesuatu isu yang berkaitan dengan  mengikut kehendak ahli politik daripada fakta keilmuan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Manakala pengaruh para professional Islam  dalam Parti PAS yang digeruni telah berjaya dikucil dan dipisahkan. PAS kembali kelihatan seperti kurang bermaya dan terkial-kial untuk bangun memulihkan keyakinan awam terhadap mereka . Lebih malang apabila dilihat seperti terperangkap dengan jerat musuh-musuh politik mereka terutama dari parti pemerintah. Manakala pergerakan NGO-NGO dan persatuan Islam dalam semua bidang seperti sunyi kerana kurang perpaduan. Aura Islam yang dimainkan oleh AMNO pula adalah seperti wayang.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Putrajaya 22.2.2016
 
Copyright 2009 Falsafah Pemikiran
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere