TEMA KEMERDEKAAN 2012
“JANJI DITEPATI” SILAPNYA DI MANA?
Sebenarnya tiada apa yang janggal, salah atau silap jika tema kemerdekaan 2012 “Janji Ditepati”
digunakan pada masa dan keadaan yang betul. Punca rakyat menolak sehingga ada
yang anggap tema ini memualkan adalah kerana kejumudan pemikiran UMNOBN. Mereka
menunjukkan sikap degil dan angkuh yang menyebabkan rakyat rasa meluat. UMNOBN masih tidak berasakan bahawa kebencian
rakyat terhadap ego dan keangkuhan mereka telah sampai ke paras melampau batas di
mata rakyat. Ini adalah kerana ketidakperihatinan UMNOBN terhadap teguran
rakyat. Hal ini juga berpunca daripada ketidaksenang hati rakyat yang sedang
dalam tekanan hidup akibat inflasi, pengecilan kuasa beli mereka dan kesempitan
hidup.
Amat mendukacitakan, UMNOBN kelihatan tidak menyebelahi atau
membela nasib dan masalah rakyat tetapi sebaliknya menyebelahi kroni-kroni
pemilik barang dagangan yang menaikkan harga. Kerajaan dilihat tidak adil dan
tidak bertanggongjawab kerana mengambil kesempatan menggunakan wang negara
untuk projek-projek mega yang ada kaitan dengan kroni mereka dan mempunyai
kepentingan pribadi. Lebih menyakitkan
hati ialah kebebasan melampau oleh UMNOBN mengurus hasil negara terutamanya
yang berkaitan dengan perusahaan minyak
petroleum negara. Tidak adil dalam pembahagian hak hasil negeri dan menipu
pelbagai fakta rasmi yang berkaitan kewangan, taraf sosial, taraf hidup dan
kemiskinan. Pada waktu yang sama pula, pemimpin UMNOBN terus menerus
menunjukkan kemewahan dan keborosan hidup sehingga rakyat yakin, adalah
mustahil mereka dapat menikmati kemewahan yang melampau itu berbanding dengan
gaji dan elaun atau pendapatan rasmi tahunan mereka.
Jika tema “Janji Ditepati” belum pernah digunakan oleh
UMNOBN, sudah tentu kesan penolakannya tidak begitu timbul menonjol. Banyak
keluhan dan permintaan rakyat diabaikan oleh kerajaan UMNOBN dengan hujah dan
alasan yang tidak professional sebelum kata-kata Janji Ditepati digunakan.
Ketika kata-kata itu dipopularkan oleh UMNO, rakyat berasakan ia hanya untuk
mengelirukan rakyat yang ternyata telah melihat kebaikan dan kebajikan
pemerintahan kerajaan parti pembangkang di negeri-negeri dikuasai mereka. UMNO pula
terus berusaha menafikan usaha dan dasar kebajikan pembangkang meskipun secara
rasmi tercatat dalam laporan-laporan tahunan banyak jabatan kerajaan, Jabatan
Audit Negara dan laporan rasmi dalam parlimen.
Pada hakikatnya, UMNO berasa telah gagal menandingi janji
kebajikan yang dilaksanakan oleh pembangkang kerana budaya rasuah dalam UMNOBN
telah membudaya dan tidak dapat dihapuskan lagi. Justeru mereka mengangkat kata
“Janji Ditepati” menjadi tema kebangsaan atau Negara dengan harapan rakyat
dapat menilai jasa-jasa UMNOBN selama memerintah negara sejak merdeka. Hal ini
terus membuka mata dan hati rakyat banyak dan rasa kebencian sebenarnya
bertambah kerana budaya Melayu memang menolak perangai atau kelakuan yang
mengungkit-ungkit budi yang telah berlalu.
Apa yang diharapkan oleh rakyat ialah UMNOBN segera dan
serius melawan dan menghapuskan budaya rasuah dan budaya mengutamakan kroni
yang menyebabkan kuasa ekonomi rakyat semakin meruncing dan terhimpit. UMNOBN
sebaliknya berterusan berusaha mengalihkan isu rasuah dan salah menggunakan
kuasa serta pecah amanah dengan isu-isu kecil. Isu-isu kecil yang tidak relevan
dibuat-buat seperti sangat penting dan merbahaya dan diberi keutamaan. Lebih mendukacitakan ialah
apabila ramai pemimpin bertaraf menteri melatah atau mengeluarkan makluman
bodoh yang menunjukkan ketidakcerdikan mereka. Ini sangat membimbangkan rakyat kerana
mereka dilihat tidak ikhlas dan tidak bermutu kecuali seperti pembodek atau
pengampu sahaja. Manakala di waktu yang sama kecekapan dan kewibawaan para
pemimpin pembangkang terus meningkat dan cemerlang. Mereka berjaya bersikap
telus, amanah dan berintergriti serta
memberi keutamaan menyelesaikan masalah rakyat daripada kepentingan diri
peribadi.
Tiada kejanggalan jika tema “Janji Ditepati” belum pernah
dipakai dan diuar-uarkan sebagai dasar masa akan datang. Tetapi sebaliknya para
pemimpin UMNOBN seolah-olah menuntut rakyat mengenang jasa parti mereka padahal
pada waktu kontemporari atau ketika ini mereka sangat mendukacitakan kerana
menonjolkan kebobrokan akhlak dan budaya pecah amanah serta membudayakan
politik rasuah, politik wang dan budaya fitnah yang menjatuhkan maruah budaya
bangsa Malaysia sendiri ke seluruh pelusuk dunia.
Suatu hal yang amat ketara yang kelihatan sengaja tidak
dipedulikan oleh para pemimpin UMNOBN ialah terhadap tuntutan mengangkat
nilai-nilai murni seperti menuntut keadilan dalam proses pilihanraya,
memperbaiki system pilihanraya itu sendiri dan menuntut kewajaran perjalanan
sistem kehakiman tanpa pengaruh dan campurtangan kuasa ekskutif dan perjalanan
system kawalan keamanan dalam negeri yang dipertanggongjawabkan kepada Pasukan
Polis Diraja Malaysia yang dilihat begitu tercemar dan negative.
Selain yang tersebut, kerajaan UMNOBN mungkin sudah lupa
bahawa kesan pentadbiran bekas PM Dr Mahathir adalah sangat buruk dan busuk.
Beliau sepatutnya dibersihkan segera atau setidak-tidaknya dilupa atau
diluputkan kerana beliau sudah bersara dan zaman kegemilangannya sudah berlalu.
Tetapi pengaruhnya yang tidak disukai oleh bukan sahaja ramai rakyat Malaysia
tetapi juga seluruh dunia yang seharusnya tidak diwarisi atau tidak membayangi
pentadbiran dan pemerintahan PM Malaysia selepas persaraan beliau berterusan
ditonjolkan. Rakyat sebenarnya belum lupa terhadap paksaan tema “Keranamu
Malaysia” yang sebenarnya adalah kempen yang memaksakan untuk rakyat mengingati
dan mengenang jasa Dr M pada ketika beliau mula dibenci. Tema “Keranamu
Malaysia” adalah menyerupai “Janji Ditepati”, mempunyai kepentingan pribadi
atau parti padahal kepentingan berbau pribadi atau parti sepatutnya tidak
tertonjol apabila berkaitan dengan kebangsaan atau negara bangsa.
“SELAMAT BERHARI RAYA
DAN MENYAMBUT KEMERDEKAAN 2012”
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Dataran Merdeka KL 27.8.2012