MENANTI KELAHIRAN
WATAK DATO’ ONN ZAMAN MILENIUM DUNIA TANPA SEMPADAN
Tahun baru 2013 ini merupakan
tahun yang ke 51 kematian tokoh Melayu unggul iaitu Dato’ Onn bin Jaafar.
Beliau lahir pada 12 Februari 1895 dan meninggal dunia pada 19 Januari 1962.
Pemergian beliau telah menjangkau setengah abad tetapi watak ketokohan beliau
belum berpengganti. Jika dibuat perbandingan dengan menonjolkan ciri-ciri
keadaan yang pelbagai ketika zaman beliau dan zaman sekarang maka adalah
diperkirakan negara ini sangat-sangat
memerlukan seorang pepimpin yang berwatak seperti Dato’ Onn. Seorang pemimpin
yang mampu dan berjaya menyatukan majoriti rakyat untuk menjaga maruah dan
kepentingan bumiputera ke arah membina sebuah Negara bangsa yang berdaulat.
Negara ini sedang sakit dan penyakitnya adalah
serupa seperti di zaman Dato’ Onn. Ciri tekanan hidup yang menyelubungi rakyat
dan kelekaan pemimpinnya adalah sama. Kemuncak kegemilangan pun telah dilalui di
zaman Tun Dr. Mahathir. Zaman YM Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn adalah zaman
merintis dan mendaki. Membangun membina Negara bangsa dengan pelbagai perisian.
Tun Dr Mahathir sebenarnya ialah tokoh panen hasil tanaman pemimpin sebelum
beliau. Oleh kerana era pentadbiran
beliau terlalu lama iaitu 22 tahun maka sama ada sedar atau tidak, beliau juga
memainkan peranan ke arah kemelesetan dan kemerosotan.
Sumbangan terbesar beliau melalui
dasar-dasar otokrasi yang beliau amalkan
hampir mencatatkan sejarah pemerintahan kuku besi bertopengkan demokrasi moden sekiranya
beliau terus berkuasa. Mujurlah beliau melepaskan jawatan setelah menyedari majoriti
rakyat telah bosan dengan dasar-dasar beliau. Meskipun beliau tidak lagi
menjadi perdana menteri dan memegang tampuk pemerintahan tetapi pengaruh beliau
masih ada dan kuat. Beliau terus berusaha bersama-sama kroni beliau memastikan segala
dasar yang diperkenalkan beliau tidak diabaikan. Ini juga merupakan sumbangan
terbesar beliau yang mencacatkan dasar pemimpin kontemporari. Rakyat keliru dan
perdana menteri menjadi lemah seolah-olah seperti watak patung yang hanya
menjadi proksi. Sepatutnya Tun Dr Mahathir tidak perlu bersuara lagi. Biar
kepimpinan kontemporari menguburkan segala salah tingkah laku pengunaan kuasa yang
beliau lakukan dan mengangkat hanya dasar-dasar beliau yang relevan dan berkebajikan
kepada rakyat.
Tun Dr Mahathir sepatutnya tidak
perlu duduk dalam apa-apa entiti yang diberi kuasa menentukan atau memilih
tokoh pemimpin pelapis. Beliau tidak perlu berkeras menghalang atau memaksa
dasar-dasarnya yang tidak disenangi majoriti rakyat. Beliau boleh dijadikan
penasihat tetapi mestilah tertutup dari umum. Maksudnya usah dibenarkan beliau mengumumkan
sendiri pandangan atau nasihat beliau. Kebebasan seperti ketika ini adalah
punca kekeliruan rakyat dan akibat yang lebih buruk daripada itu ialah kuasa
yang kelihatan tidak memusat.
Kekeliruan dan kebencian rakyat ketika ini
adalah seperti di zaman Dato’ Onn. Golongan istana dan pembesar bemewah dan
hidup berlagak sombong tanpa menyedari rakyat hidup tertekan dan penjajah
bersukaria kerana berjaya mempengaruhi dan menipu mereka. Nama sultan diperguna
dengan semahunya untuk mengancam rakyat dengan sindrom ketakutan menderhaka.
Manakala pembesar negeri dan para pentadbir tempatan dieksploit dengan begitu
licik menjadi agen penguatkuasa mengaut hasil dan keuntutngan. Keadaan seperti
itu sedang berlaku sekarang. Raja dan sultan terus seperti dalam keadaan mabuk
tersuap dengan candu kemewahan dan pemimpin-pemimpin BN sedang begitu rakus
sekali mengumpul harta dan merompak hak awam.
Pada ketika ini iaitu dalam abad milenium langit
tanpa sempadan ini maka adalah sangat diharapkan seorang watak seperti Dato’
Onn lahir memperjuangkan hak rakyat, hak Melayu dan mencipta dasar dan falsafah
bangsa yang sesuai dengan zaman. Kalau dulu Dato’ Onn yang cemerlang dan
gemilang itu merupakan seorang tokoh berpendidikan Inggeris tetapi berjiwa
Melayu dan berpengalaman menjadi rakyat marhean maka pada ketika ini adalah
sangat perlu seorang tokoh seperti beliau yang berwawasan jauh tetapi tidak
sesat seperti berbudaya Inggeris atau barat kerana telah ternyata mereka gagal
dalam keperimanusian. Jadi seorang tokoh yang beperwatakan seperti Dato’ Onn
yang berjiwa kental, berpendidikan dan perikemanusiaan serta berwawasan jauh
adalah sangat diperlukan ketika ini.
Memandangkan tokoh-tokoh yang berpendidikan
agama tidak begitu profesional dalam menangani isu dan masalah teknologi maka tokoh
kepimpinan yang ideal ialah yang berpengetahuan atau berpendidikan tinggi dalam
teknologi dan juga dalam bidang agama. Perwatakan dan ketokohan Dato’ Onn
adalah sesuai di zamannya kerana ketika itu pengaruh British begitu kuat
sekali. Rakyat majority iaitu Melayu pula masih tidak mengamal dan memahami
budaya Islam. Mereka ketika itu tidak
dapat membezakan adat resam dan amalan budaya antara budaya bangsa dengan
budaya Islam. Pada ketika ini rakyat banyak telah memahami kebudayaan Islam dan
adat resam yang bercanggah dengan agama di samping berpengetahuan dan tidak
buta dengan budaya berteknologi tinggi.
Sehubungan dengan itu pemimpin kontemporari
dalam BN sebenarnya sudah tidak relevan dengan golongan masyarakat sekarang.
Disebabkan mereka tiada latar belakang agama maka mereka mudah menyeleweng dan
pecah amanah malah lebih teruk dari itu mereka hanya bijak merancang untuk
menyeleweng, rasuah dan pecah amanah untuk kepentingan pribadi. Kepada yang
jujur pula, mereka seperti terumbang ambing dan lidah terbungkam kerana
terpaksa tunduk kepada kepimpinan yang jahil.
Setakat ini, tokoh pemimpin yang
mempunyai ciri-ciri Dato’ Onn dan mempunyai latarbelakang dan kefahaman agama
yang baik ialah Dato’ Seri Anuar Ibrahim. Beliau akan berjaya mengubah suasana
yang bercelaru dengan nilai hitam ketika ini kepada pencerahan jika diberi
peluang. Beliau juga mempunyai penyokong dan pendokong yang begitu relevan
dengan kehendak majority dan tokoh yang sesuai dengan situasi semasa dan juga
masa hadapan. Namun begitu tidaklah bererti beliau adalah seorang tokoh yang
sempurna. Beliau mesti bersedia berundur dan memberi laluan kepada tokoh pemimpin
yang ideal apabila tokoh tersebut telah dikenal pasti.
Dengan melihat dasar dan amalan UMNOBN ketika
ini, lebih-lebih lagi setelah dasar membunuh bakat kepimpinan yang diamalkan di
era Tun Dr Mahathir, maka boleh dikatakan bahawa tiada seorang pun watak Dato’
Onn dengan pengetahuan agama dan berpendidikan tinggi dalam teknologi serta
berwawasan jauh ada dalam kelompok mereka. Tetapi sangat banyak terdapat dalam
PAS yang dituduh Erdogan dan tidak juga terdapat dalam Keadilan, DAP dll
kecuali selaku peminat yang komited sahaja. Sama-samalah kita tunggu, tetapi
jika kita berani berubah dan reformasi maka kelahiran dan kemunculan tokoh
ideal iaitu Dato’ Onn Zaman Milinium
Langit Tanpa Sempadan akan lebih cepat lagi.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Dataran Merdeka KL 1.1.2013
0 comments:
Post a Comment