PAS Parti Taubat
Dalam perkembangan, perjalanan
dan sejarah perjuangan parti politik Malaysia, PAS menggunakan dasar Islam.
Walaupun didakwa dasar-dasar tersebut tidak tulen kecuali rekaan PAS, tetapi
ternyata dari segi perbandingan, PAS adalah satu-satunya yang menggunakan dasar
dan prinsip Islam. Tidak boleh dinafikan bahawa perlembagaan PAS adalah
berdasarkan Islam. Sumber rujukan
utamanya ialah Al Quran diikuti hadis dan ijtihad ijmak Ulamak. Itu adalah
dasar perjuangan dan pergerakan serta prinsip Islam.
Jika dinilai atau dikaji implimentasinya
pula, PAS memang tidak tergelincir dari
landasan dasar dan prinsip Islam. Pendekatan sahaja berubah-ubah kerana
disesuaikan dengan keadaan dan kesesuaian adat atau kerenah penerimaan
masyarakat serta keupayaan ahli atau pengeraknya sendiri. Tiada kuasa dan tidak
berupaya tidak membataskan atau merubah intipati dan dasar-dasar perjuangan.
Seperti UMNO, dasar perjuangan adalah kepentingan dan
ketuanan Melayu. Oleh kerana Melayu itu Islam dan penerimaan pemahaman bahawa
Islam itu Melayu, ahli umno menganggap dasar perjuangan mereka adalah Islam.
Ini adalah suatu penyelewengan dan salah kefahaman. Melayu UMNO tidak boleh
mengatakan bahawa dasar perjuangan mereka adalah Islam. Ini ternyata dapat
difahami kerana Islam dan Melayu sebenarnya tidak sama. Pengakuan mengatakan
Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu boleh menyesatkan halatuju kefahaman dan
pemikiran orang Melayu. Ini adalah kerana Islam itu adalah sebuah agama yang
mutlak dan telah mempunyai dasar-dasar dan prinsipnya yang telah ditentukan
oleh Allah Maha Pencipta. Manakala
perinsip dan dasar Melayu adalah berlandaskan amalan dan adat resam atau
kebudayaan Melayu.
Dasar Melayu kelihatan begitu
kukuh kerana amalan yang telah menjadi adat dan budaya telah lama diterima
pakai sebelum wujudnya atau sebelum terpengaruh dengan kedatangan kepercayaan
terhadap fahaman agama Islam. Di sinilah letaknya kekuatan hujah para pengamal adat.
Adat dan budaya diamal dan dijadikan sebagai peraturan dan amalan seharian.
Apabila agama Islam datang, ia dianggap juga sebagai adat dan budaya dan
pertembungan terhadap sesuatu yang bertentangan dengan amalan adat sering
menjadi hambatan dan masalah kepada kelompok sesebuah masyarakat.
Sehubungan itu apabila pengamal
agama Islam diperlekeh atau tidak diterima oleh pengamal adat yang telah
menerima pakai peraturan adat dan budaya bukanlah bererti amalan agama Islam
itu tidak bermutu atau lebih rendah nilainya berbanding adat. Ini adalah kerana
hukum atau peraturan agama itu hanya difahami dengan taufik dan hidayah atau
dengan perkataan lain adalah dengan keredhaan dan kurniaan Allah. Agama Islam
pada dasarnya bukan wujud atau awal kewujudannya semasa dibawa masuk ke Negara ini.
Tidak juga sebagaimana didakwa sebagai rekaan Nabi Muhamad SAW atau Islam itu
dipelopori atau dimulakan oleh baginda. Islam pada hakikatnya adalah ciptaan
Allah dan telah wujud sejak azali lagi. Ketetapan hokum hakamnya adalah sebagai
petunjuk dan panduan bagi segala manusia dalam menjalani kehidupan yang selamat
dan sejahtera di dunia ciptaan Allah. Maksudnya, agama Islam telah dicipta
lebih awal daripada manusia pertama Adam. Agama petunjuk ini telah disyariatkan
sejak Nabi Adam sehinggalah
disempurnakan sepenuhnya oleh kekasihNya sebagai nabi dan rasul terakhir iaitu
baginda Muhamad SAW.
Jika pengamal Islam kelihatan
tidak mendapat sambutan berbanding mengamal adat resam Melayu khususnya, maka
tidaklah sekali-kali memberikan maksud bahawa pengamal Islam itu tidak baik
atau boleh dianggap tidak benar dan
tulen malah tidak boleh dikatakan sebagai sesat sebagaimana ada orang Melayu
AMNO yang mengatakan begitu. Sebaliknya
semua kefahaman dan pengamalan adat resam tidak kira Melayu atau sebagainya
yang bercanggah dan menjadi larangan dari apa yang telah ditetapkan dalam
Kitabullah adalah sesat dan tidak diredhai Allah. Orang Melayu atau pengamalnya
akan didakwa dan diminta mempertanggungjawabkanya yang berkesudahan dengan
penyiksaan kerana menderhaka kepada Allah.
Janji Allah wewujudkan sekelompok
atau sekumpulan manusia yang mengajak ke jalan Allah dalam sesebuah tamadun pada
sesuatu masa, tempat atau zaman tidak
pernah mungkir. Dalam Negara ini dan pada ketika ini, tiada kesatuan,
pertubuhan mahupun parti politik sejelas dan senyata parti PAS yang sentiasa
berdakwa mengajak manusia dalam Negara Malaysia ini menggunakan Quran dan Hadis
sebagai petunjuk dalam menjalani hidup ini. Platfom politik yang dipaksakan
kepada PAS tidak menghadkan aktiviti dan perjuangan yang berobjektif
memartabatkan sunatullah.Jika kita berfikiran atau mempunyai akal yang hebat
sehingga yakin berkuasa dan yakin berupaya, mengapakah kita tidak terfikir
untuk menggunakan kelebihan kita yang dianugerah oleh tuhan ini untuk membantu
perjuangan PAS yang kita dapati lemah atau menuduh mereka tidak bijak,
bersama-sama mengangkat martabat dan makam pengabdian diri kepada Allah dan
mengimarakkan agama Islam yang diredhaiNya ini??
Mengapakah anda perlu berasa
risau dan cemburu apabila ramai manusia dari pelbagai bangsa dan fahaman agama
dan politik dalam Malaysia ini menyertai atau menyokong dasar-dasar PAS yang
mengajak kita kembali mengimarakkan ajaran Islam dan memegang kukuh tali Allah
ini demi untuk keselamatan diri kita sendiri selaku manusia yang sedang diduga
mengharungi kehidupan di dalam dunia ciptaan Allah.
Anda atau sesiapa sahaja yang
cemburu terhadap agama Allah sebenarnya mereka adalah manusia yang menyembah
pada nafsu sendiri. Mereka bukan penyembah Allah. Mereka sebenarnya adalah
manusia yang telah berjaya ditipu musuh Allah iaitu syaitan. Mereka menolak
ketetapan dan petunjuk Allah kerana mereka yakin tidak akan dapat memuaskan
nafsu mengikut kehendak mereka. Mereka tidak mahu dan tidak bersetuju
mengimarakkan petunjuk dan hukum-hukum Allah kerana diri dan jiwa mereka sangat
kotor. Mereka sangat mecintai nafsu dan mereka sebenarnya mengetahui dan
menyedari bahawa diri dan jiwa mereka tidak layak menjadi tentera dan pejuang
agama Allah. Mereka tidak sanggup membersihkan diri dan menjadi manusia yang suci atau sekurang-kurangnya
sebagai manusia cenderung kepada pengabdian dan ketuhanan. Mereka tahu kehinaan diri dan dosa mereka
tetapi mereka tidak sanggup keluarkan diri dari menikmati kehendak nafsu.
Jika orang politik, orang artis
atau pelbagai jenis pelacur agama sekalipun yang memasuki atau menyertai PAS
dengan niat tersirat untuk bertaubat dan membersihkan diri, mengapa sanggup anda
menuduh mereka sesat. Anda terus berlagak sombong dan mengaku sebagai pejuang
Melayu dan Islam. Sayangnya, anda sendiri tidak mengetahui apa itu Melayu dan
apa itu Islam. Kesesatan pemikiran Melayu AMNO telah juga menyesatkan orang
lain.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Masjid WP KL 16.4.2013
0 comments:
Post a Comment