Di abad millennium atau 2k ini, segalanya kelihatan berjalan dan berubah dengan begitu pantas. Jika kita melihat kembali sedutan sejarah yang belum boleh dikatakan silam terhadap diri kita sendiri maka kita akan berasa dan yakin bahawa perubahan di dunia ini begitu cepat berlaku. Lihat sahaja teknologi televisyen. Ia hanya wujud di zaman Tun Sheikh kanak-kanak tetapi kini boleh di tonton hanya melalui telefon bimbit yang sebesar kotak mancis. Andaikata datuk Tun Sheikh yang meninggal pada tahun 1947 atau moyang yang meninggal dunia pada tahun 1921 dihidupkan semula ketika ini, Tun Sheikh dapat bayangkan bagaimana sugul dan kemangguan datuk dan moyang kerana bingung bagaimana untuk menjalani hidup ini berdasarkan ilmu dan pengalaman pakej usia kehidupan mereka.
Di Parlimen Malaysia pada hari ini kita melihat pemimpin kontemporari Melayu masih gagal melakar halatuju Melayu dengan wawasan-wawasan konsevasi dan prisevasi atau memastikan pemeliharaan dan kesinambungan kebudayaan Melayu yang bernilai sejagat agar terus terpelihara dan tidak diganggu gugat. Ini adalah kerana mereka masih sibuk berusaha mencari pengukuhan pengaruh kuasa walau telah lebih 50 tahun berkuasa atau memerintah. Hal ini mengggambarkan bahawa kuasa domain Melayu sebenarnya belum ujud atau belum berjaya diistimewakan berdasarkan tuntunan perlembagaan negara.
Pemimpin-pemimpin Melayu pada hakikatnya samada tidak ada keyakinan diri untuk menunjukkan kuasa keistimewaan Melayu atau mewarisi sikap tolenrensi Melayu yang boleh dianggap ekstrim kerana masih boleh tolerate meskipun orang asing atau tetamu telah menjengok ke dalam kelambu.
Tanpa sadar sebenarnya kebudayaan dan hak milik Melayu sedang ke arah kepupusan. Ini adalah kerana perubahan global yang menerjah minda tanpa had dan sempadan akan mengarah kepada kepupusan itu sendiri.Sehubungan dengan itu minda kesukuan terhadap negara seperti Malaysia yang terdiri pelbagai kaum dan membuka fahaman kesamarataan atau satu bangsa atau 1 Malaysia akan menghapus hak keistimewaan itu sendiri.
Negara ini kelihatannya tidak akan berjaya menonjolkan hak orang Melayu yang mengaku tanah air ini adalah miliknya. Sejarah memang boleh membuktikan fakta kebenarannya tetapi perkembangan semasa, perkembangan kemajuan dan pembangunan fizikal, perkembangan tamadun dan falsafah dan perkembangan budaya globalisasi akan membayangi dan menghapuskannya. Hal ini adalah kerana setelah lebih 50 tahun memerintah, pemimpin Melayu gagal menonjolkan kewibawaan dan jati diri Melayunya yang asli. Kegagalan mereka juga bersebab dan penyebab utama sekali ialah tidak ada kesedaran untuk menguasai ekonomi sebaliknya hanya berpuashati memerintah dengan hasil subsidi ekonomi yang tidak dikuasai.
Ketika ini bahang dan kuasa ekonomi yang dimonopoli oleh bukan Melayu telah mula menunjukkan pengaruh amat besar. Lambat laun Melayu akan pupus dan kalau pun tidak pupus, Melayu akan hanya hidup begeledangan tanpa kuasa dan pengaruh lagi. Orang Melayu hanya akan berbangga apabila mendengar sejarah negara dan kebudayaan Melayu sahaja tetapi tidak bermaya untuk bergerak memainkan peranan penting kerana tiada kuasa ekonomi.
Ketika itu orang Melayu yang berjaya ialah orang Melayu yang malu mengaku Melayu. Mereka adalah orang Melayu yang menerima budaya baru dan berfikiran yang dianggap terbuka dapat menerima kebudayaan apa sekalipun asal mudah dan selesa dan bebas diamalkan. Hal ini benar-benar akan terjadi kerana negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan memiliki hak kesamarataan yang telah mula dituntut dan ditonjolkan oleh mereka yang telah lama sadar dan tahu kesempatan ini mesti tidak diabaikan.
Melayu hanya tinggal nama bukan kerana pertumpahan darah atau kena sembelih tetapi kerana dilupuskan perkembangan tamadun globalisasi dan negara ini tidak akan dapat bertahan sebagai milik dan dikuasai Melayu kerana penghuninya adalah dari pelbagai kaum dan memiliki sama hak keistimewaan.
Terdapat dua aliran arus perdana yang dapat diikuti oleh bangsa Melayu. Satu aliran budaya baru akan menghapuskan budaya bangsa Melayu itu sendiri dan satu lagi diperkirakan akan dapat mengekalkan keistimewaan bangsa Melayu di tanahairnya sendiri iaitu mengikut aliran perdana agama turun termurun orang Melayu iaitu Islam. Di sini dan pada hari inilah seharusnya pemimpin-pemimpin Melayu bekerja keras memeras akal fikiran bagaimana untuk menyelamatkan bangsa Melayu di bawah ikon agama kerana samada suka atau tidak kuasa Melayu akan lupus jika terus diperjuangkan di bawah ikon kesukuan. Bersambung.......
Oleh Tun Sheikh dari sebahagian minda mengenai Wawasan Melayu dalam bukunya yang belum terbit.
Selepas Tun Mahathir tidak mengetuai kabinet Malaysia dan tidak menjadi Ketua Kerajaan di Parlimen, situasi perjalanan Parlimen Malaysia menunjukkan perubahan ketika bersidang. Para barisan pembangkang mahupun dari barisan penyokong kerajaan mula berani bersuara secara tidak kolektif bagi menggambarkan trend kearah kebebesan bersuara sebagaimana biasa diamalkan di negara-negara maju. Parlimen seperti di negara Korea, Jepun, Thailand, India, Pakistan dan lain-lain pernah merakamkan situasi perdebatan yang panas hingga mencetus pergaduhan kecil diantara wakil rakyat, membaling kasut, kerusi dan caci-memaki sesama wakil rakyat. Hal ini berlaku adalah disebabkan kewujudan halangan secara halus dan tidak langsung dan bias kepada barisan pemerintah.
Di Malaysia, kemenangan 2/3 dalam pilihanraya 2004 tidak menjamin kelancaran perjalanan persidangan parlimen dengan peradaban tinggi kerana situasi dan realiti kehidupan rakyat terutama ekonomi tidak stabil akibat dicengkam ketidakstabilan ekonomi global disamping barisan kepimpinan yang lemah kerana pelbagai masalah dalaman. Keadaan perjalanan persidangan di parlimen telah mula menampakkan kebejatan atau ketiadaan kesusilaan bukan saja dari barisan pembangkang tetapi juga dari barisan kerajaan yang masih yakin akan terus berkuasa sampai bila-bila.
Di era Tun Mahathir, trend ingin bebas bersuara dan berhujah ini telah mula menetas tetapi segera dicantas oleh beliau. Sebagai alternatif beliau mencadangkan hanya satu kerajaan di Parlimen tetapi tidak dipersetujui oleh barisan pembangkang dan juga sebahagian besar rakyat. Idea Tun Mahathir kelihatan baik tetapi pada waktu yang sama adalah dikhuatiri akan disalahgunakan dan segala peraturan baru bagi satu barisan kerajaan yang tiada pembangkang di Parlimen dikhuatiri akan mewujudkan kediktatoran atau yang menyerupainya.
Berbanding ketika persidangan parlimen setelah Pilihanraya Malaysia 2008, kecelaruan telah mula kelihatan dengan aksi-aksi yang kasar meskipun belum ada lagi rekod pergaduhan. Hal ini kelihatan seperti trend bagi sesebuah negara yang ingin keluar dari kawalan dan pengawasan terhadap kebebasan bersuara dalam parlimen. Memang telah ada peraturan dan ketetapannya supaya Ahli Parlimen Yang Berhormat menghormati tatasusulia Parlimen ketika persidangan sedang berlangsung tetapi mengapakah semakin hari semakin galak jadinya? Ini adalah kerana peraturan yang dipraktikkan itu sebenarnya mempunyai unsur berat sebelah dan berkempentingan kepada barisan pemerintah.
Keadaan panas atau kemerosotan kesusilaan dalam parlimen ini berlaku, juga adalah kerana luapan minda dan perasaan yang tidak dapat dilepaskan sebelum ini. Adalah tidak mustahil Parlimen Malaysia akan terus bergelora dan akan merekodkan sesuatu kejadian yang lebih teruk lagi daripada yang pernah terjadi di parlimen negara Eropah mahupun Asia. Punca dan perbedaan yang ketara adalah kerana ahli parlimen kita adalah terdiri dari suku-suku bangsa yang pada hakikatnya belum bersatu hati, fahaman dan pandangan. Berbanding di Eropah, atau di negara Korea atau Jepun, mereka hanya berlainan fahaman tetapi mereka adalah dari suku bangsa yang serupa.
Jalan keluar yang paling penting sebelum api dalam sekam ini marak dan membakar adalah dengan menggabungkan nilai keperluan dan nilai amalan semua sukubangsa mengikut nilai kemanusiaan sejagat. Maksudnya semua pandangan dan pemikiran yang sama diamalkan oleh setiap suku bangsa yang bernilai sejagat atau universal dijadikan asas dan dasar pemilikan dan pengamalan semua rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu semua yang berupaya berfikir dan mempunyai kepakaran dalan hal itu hendaklah segera mencipta suatu acuan yang boleh diterima oleh semua. Keharmonian, kebebasan dan jaminan keselamatan yang tinggi terhadap segala aspek kepada individu yang menjadi rakyat negara ini mestilah digaris dan difahamai dengan sejelas-jelasnya.
Penulis percaya, sebenarnya kerajaan BN telahpun nampak keistimewaan konsep perpaduan para pembangkang yang menggunakan pendekatan Islam dan mereka amat gerun terhadap pengaruh dan perkembangannya. Sayangnya barisan kepimpinan kerajaan kelihatan begitu sombong dan angkuh tidak segera meniru dan mengambil contoh yang baik itu dengan kuasa dan persepsi yang lebih besar dan dimenafaatkan segera untuk kepentingan rakyat.
Keengganan pengambilan konsep perpaduan yang berdasarkan kefahaman dan pengamalan Islam ini sengaja tidak dipedulikan malah diburuk-burukkan kerana dianggap mempunyai kepentingan barisan pembangkang yang tidak perlu ditiru. Pada hakikatnya bukanlah pendekatan itu tidak elok tetapi para barisan kepimpinan kerajaan sangat takut kehilangan wibawa dan kuasa kerana mereka mementingkan diri pribadi sendiri mahupun parti kesukuan. Jika matlamat tetap untuk kepentingan rakyat diutamakan dengan ikhlas, penulis yakin mereka tidak akan hilang kuasa kecuali trend kebiasaan akan ada perubahan. Dan perubahan itu adalah yang positif dan menggembirakan rakyat. Contoh yang mungkin akan dapat mencetuskan idea baru ialah penguasaan dan pengurusan Parlimen itu sendiri hendaklah diserahkan kepada sebuah badan atau agensi yang berkecuali. Ini termasuk sumber tenaga manusia dan juga segala akta dan peraturan yang terikat di dalamnya. Speaker Parlimen juga mesti dari tokoh yang berkecuali, bukan dari barisan pembangkang mahupun kerajaan. Speaker dan pengurusan parlimen seharusnya dibawah kuasa suatu Suruhanjaya Diraja yang netral.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara - sebahagian idea atau minda dipetik dari bukunya 'Melayu Wawasan' yang masih belum terbit.
Pemikir dan ahli bijak pandai di zaman golobalisasi di bidang teknologi maklumat tidak berhenti dari terus berfikir bagaimana untuk mencipta atau membuat penambahbaikan menyediakan wadah penyebaran maklumat. Apabila budaya penggunaan komputer dan internet tidak lagi terhad dan menular ke seluruh pelusuk dunia, penyebaran maklumat berkembang begitu pantas tanpa ada lagi halangan atau sekatan waktu, tempat dan kelompok pengguna. Dari anak kecil hingga orang tua yang lemah tubuh badan, mereka terdedah menikmati kemajuan teknologi ini asalkan mereka boleh dan tahu membaca dan berminat menggunakannya. Perkembangan dan kemajuan teknologi maklumat ini sangatlah berfaedah kepada manusia. Adakah wajar penggunaan sarana baru ini disekat?
Kebimbangan penyalahgunaan kemudahan ini telah dirasai oleh bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga oleh semua kerajaan negara dunia. Bedanya hanyalah budaya pemikiran dan falsafah ilmu yang diamalkan. Sikap keterbukaan dan kebebasan berfikir telah lama membudaya di benua Amerika dan Eropah. Keterbukaan dalam pemikiran ini kelihatannya terpaksa diikuti oleh negara Jepun dan Korea yang tidak mahu ketinggalan meningkatkan mutu kehidupan sebagaimana dinikmati oleh Amerika dan Eropah. Ironinya peniruan cara hidup yang dianggap moden dan maju yang diamalkan di dunia Barat terlalu banyak mengorbankan kebudayaan Timur yang juga mempunyai nilai sejagat yang halus dan bermutu.
Dunia Timur kelihatannya terpaksa mengorbankan budaya sendiri jika ingin bersaing dengan dunia Barat. Dalam zaman globalisasi ini sudah tiada lagi sempadan geografi yang dapat menghalang sesuatu falsafah ilmu mahupun falsafah kehidupan. Maka adakah wajar kerajaan Malaysia ingin mengadakan sekatan kepada pengguna blog di alam siber ini? Jikalah sesuatu keputusan itu dibuat dengan terburu-buru kerana emosi dan kuasa politik, adalah dipercayai rakyat Malaysia akan ketinggalan dan mundur kebelakang. Orang yang mudur terutama mudurnya fikiran dan idiologinya akan mudah dijajah.
Atau mungkinkah orang Malaysia atau kumpulan kepimpinan masih tidak mengerti apakah falsafah ilmu? Bolehkah kita hidup seperti katak di bawah tempurung seperti kita pernah alami sebelum merdeka dahulu? Adakah mereka ketahui bahawa kita juga mempunyai kebudayaan yang bertaraf dunia sejagat dan bermutu tinggi seperti kebudayaan dan tamaddun bangsa yang maju? Sewajarnya kemudahan teknologi ini digapai dan dibudayakan bukan dihalang atau disekat. Tetapi bagaimanakah caranya bagi menjaga kebudayaan sendiri akan tidak terkorban dimamah budaya liar yang turut berkembang dalam penggunaanya? Masalah inilah yang mesti ditangani tetapi hendaklah dikaji secara halus dengan cepat dan pantas kerana dunia teknologi maklumat ini bergerak begitu pantas.
Adalah amat melucukan jika kerajaan Malaysia membuat dan meluluskan akta sekatan blog berikutan terdapatnya banyaknya bloger yang tidak bermaruah sering mencetuskan suasana sensitif tetapi apabila sampai pada ketika hendak dikuatkuasakan bloger telah tiada kerana telah berpindah menggunakan wadah lain dan blog sudah dianggap ketinggalan zaman. Dunia akan melihat pemikiran atau budaya falsafah yang diamalkan oleh pemimpin kita sebagai mudur dan mudah diperkotak-katikkan. Itulah persepsi dalam teknologi maklumat yang bergerak tanpa sempadan waktu dan geografi.
Para pemimpin kita bertungkus-lumus berfikir bagaimana untuk menjaga keamanan dan keharmonian rakyat dan sangat khuatir persengketaan berlaku dan hilang kuasa dan hilang keamanan. Tetapi tanpa sedar mereka membawa rakyat ke pintu penjajahan minda dari dunia luar yang telah jauh meninggalkan falsafah kehidupan mereka.
Apa yang boleh dilakukan jika tidak mahu ketinggalan dan menjadi mangsa penjajahan minda di zaman globalisasi ini ialah terpaksa mengikuti perkembangannya dan bersedia mengorbankan budaya sendiri. Jika tidak dapat bersaing pun adalah memadai jika dapat mengikutinya. Tetapi jika sekatan dan halangan dipilih demi kepentingan diri, emosi dan tidak memikirkan keterbukaan minda maka bertanggongjawablah menjadi penyebab rakyat Malaysia terjajah minda oleh dunia luar yang telah jauh meninggalkan kita dan ketahuilah itu merupakan malapetaka yang lebih besar dan merbahaya.
Adalah lebih bijak jika bloger yang dianggap tidak bermaruah itu diberi amaran dan tidak perlu dihebahkan kuasa yang boleh membantutkan daya kreativiti bloger lain sehingga rakyat takut untuk menggunakan kemudahan kontemporari dan berkarya. Selain itu adalah sangat baik jika pihak berkuasa menyediakan trade mark untuk para bloger. Contohnya Kelompok Genuine, Kelompok Pra Matang dan Kelompok Picisan. Berikan kebebasan sepenuhnya kepada kelompok Pra Matang dan Picisan tetapi segala maklumat yang digunakan dan tersibar dalam kelompok bloger Picisan dan juga kelompok Pra Matang tidak boleh digunapakai sebagai hujah dari segala sudut.
Segala gosip dan berita-berita sensasi dianggap tidak ada nilai dan adalah salah jika bloger Genuine menggunakan fakta yang digarap dari mereka. Jika hal ini berlaku Kelompok Genuine mesti dipertanggongjawabkan tanpa mengaitkannya dengan kelompok Para Matang dan Picisan kerana mereka mengambil sumber daripada kelompok berlabel picisan dan pra matang. Hanya kelompok Genuine saja boleh didakwa dengan perundangan jika menyebarkan fitnah dan gosip yang sensasi dan menyebabkan keharmonian terganggu.
Cara implementasikannya ialah dengan mewajibkan setiap bloger tempatan yang ingin membina blog menentukan kelompok diri mereka mengikut pilihan kelompok yang mereka pilih dan ditetapkan oleh kuasa perundangan. Mereka yang memilih kelompok pra matang dan picisan adalah bebas dari segi perundangan dan tidak boleh didakwa dengan apa-apa berita yang tidak bertanggongjawab seperti gosip dan sebagainya yang ditulis oleh mereka kerana blog mereka tidak dianggap bermutu dan tidak bernilai mahupun mempunyai standard dalam segala hal kecuali hanya semacam hiburan dan suka-suka saja. Walaupun begitu mereka boleh didakwa jika melanggar akta penerbitan dan percetakan negara seperti menyibar gambar lucah dan menggunakan bahasa tidak beradab dan sebagainya. Mereka boleh diberi amaran dan dikenakan larangan berkarya.
Kesimpulannya, pihak berkuasa perlu meneliti secara terperinci dan cepat menguatkuasakan peraturan tanpa menghalang sesiapa yang ingin berkarya di internet. Pihak berkuasa sebaliknya hendaklah menggalakkan perkembangan ilmu dan falsafah budaya ini agar terus subur dan bersaing dengan dunia luar melalui teklologi maklumat yang sedang berkembang begitu pesat ketika ini.
Oleh Tun Sheikh
………APABILA BERCERITA MENGENAI HAL MELAYU
Ke manakah arah orang Melayu akan dibawa oleh para pemimpin hari ini sebagai peneraju dan penerus Melayu di masa akan datang? Bagaimanakah bentuk rupa, sifat dan sikap Melayu pada masa itu? Bagaimana pula falsafah dan kebudayaan Melayu? Untuk memberi gambaran dan wawasan mengenai Melayu pada masa akan datang maka kayu pengukurnya adalah segala dasar dan amalan Melayu pada hari ini. Sedar atau tidak, pada hari ini, orang Melayu sedang menanam benih Melayu yang akan lahir pada masa akan datang. Melayu ketika itu akan matang dengan segala doktrin dan prinsip serta dasar yang dicipta dan dilaksanakan pada hari ini. Lebih merisaukan jika hal ini diperhatikan daripada sudut rencamnya karenah orang Melayu pada hari ini.
Tidak kira jika ditinjau dari kumpulan minoriti mahupun majoriti, Melayu ketika itu adalah ekstrim. Jika kita pada hari ini masih hidup di masa itu, maka penulis yakin kita akan hidup dalam kekesalan dan kehambaran. Dan yang amat penting sekali ialah hasil buah yang disemai oleh para pemimpin Melayu pada hari ini atau dalam zaman kontemporari akan menjadi cara hidup Melayu yang nilainya negatif jika diamalkan pada hari ini tetapi merupakan sebagai keperluan pada masa itu. Memang tidak dinafikan bahawa Melayu berkembang dalam semua hal. Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah bangsa yang relevan sepanjang zaman kerana kesanggupannya menerap nilai dan budaya luar yang disesuaikan dan dipakai bagi mengelak ketinggalan diri dan ketinggalan zaman. Penulis telah mengemukakan skop waktu Melayu kontemporari ialah semenjak tahun 1800 sehingga tahun 2000.
Adalah tiada cacat celanya jika period atau era Melayu kontemporari itu dilebihkan sehingga ketika hasil penulisan Melayu wawasan ini bermula iaitu pada 1 Januari 2009. Sebab musabab tempuh waktu itu dipilih telah dijelaskan dalam Bab atau Buku Melayu Kontemporari. Antaranya ialah kerana adanya paradigma minda Melayu Baru yang dipelopori oleh Abdullah Munshi. Berikutan dari sumbangannya itu manusia Melayu baru dan moden lahir. Mereka berfikiran terbuka dan tidak feudal dan tidak lagi terus bergantung kepada istana. Mereka mula menghargai nilai diri dan hak kebebasan individu daripada kolektif feudal sebelum itu.Perubahan ketara pada era itu ialah tentang keberanian orang Melayu mengkritik dan bertanggongjawab terhadap buah fikiran yang diungkapkan. Hasil sastera dan budaya juga berkembang dan terpengaruh dengan ciri-ciri pemodenan.
Dalam era Melayu Kontemporari, bangsa Melayu terlibat dalam kegiatan penjajahan mental bangsa asing terutama penjajah Inggeris. Bangsa Melayu terlibat dalam perbalahan kelompok sesama Melayu yang telah menghilangkan hak dan maruah sejarah kebudayaan bangsa. Bangsa Melayu juga terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan telah dijajah oleh Jepun, suatu bangsa dari Asia yang tidak terfikirkan oleh orang Melayu begitu bertenaga, kuat dan berkuasa. Dan dalam era Melayu Kontemporari, orang Meayu mengharungi pengalaman kemerdekaan tetapi hilang hala tuju mencari ikon untuk perkasa diri kerana mentality Melayu mereka telah sekian lama dijajah oleh penjajah asing dari Barat. Akibatnya dalam era Melayu Kontemporari, orang Melayu telah mencipta acuan prinsip dan doktrin hidup sebagaimana mengikut kehendak penjajah yang pernah menjajah mereka dalam keadaan tanpa sadar.
Ketika era Melayu Kontemporari, ciri-ciri Melayu yang mempunyai falsafah dan kebudayaan tinggi banyak terhakis dan yang amat malang sekali kepada orang Melayu, faktor-faktor dan agen penghakis dan perosak budaya Melayu itu ialah oleh orang Melayu sendiri.
Untuk membincangkan topik falsafah wawasan ini, maka gambaran keadaan Melayu diperkirakan akan terjadi mengikut acuan pada hari ini. Dalam hal ini ialah era Melayu kontemporari ialah acuan. Namun gambaran yang bakal terlahir itu boleh diubah dan dilukiskan mengikut benturan yang baik dan perlu dibuat segera supaya manusia Melayu yang hidup di masa akan datang tidak jumud dan ketinggalan. Melayu masa akan datang juga diharap mengenal dan melestarikan kebudayaan Melayu terpilih supaya ikon dan identiti Melayu lebih positif dan berkedudukan dikelas pertama dari segi ruh, minda, falsafah, kebudayaan dan fizikal.
Topik Melayu Wawasan ini juga ada relevannya dengan era Melayu Dahulu. Melayu Dahulu adalah fakta-fakta yang menceritakan asal usul Melayu. Melayu telah mempunyai sejarah dari pringkat zaman Batu hinggalah kepada tamaddun agama yang tinggi. Melayu mengikut sejarah adalah salah satu bangsa dunia yang termaju, mempunyai kerajaan dan empayar sendiri. Mistri keujudannya tercatat dalam Kitab Zabur, Taurat dan sejarah Yunani Purba. Falsafah dan kebudayaan hidupnya ditiru oleh orang Barat dan era Melayu Dahulu ini berakhir pada period awal Era Baru yang penulis hadkan sehingga tahun 1800.
Hal ini adalah terbukti apabila kita mendapat maklumat tentang bangsa Melayu dalam pertumbuhan dan perkembangannya dengan pelbagai budaya dan falsafah mengikut catatan sejarah berpuluh ribu tahun dahulu. Perkembangan kebudayaan dan ketahanan orang Melayu ini telah dikupas oleh penulis dan boleh diketahui dalam Bab atau Buku Melayu Dahulu oleh penulis.
Dalam siri ini Melayu Wawasan boleh dizahirkan dan boleh diamati oleh sesiapa saja samada bangsa yang mengaku pejuang atau bangsa selaku pengikut sahaja. Wawasan ini boleh dilukis corak dan laskapnya dalam pelbagai bidang. Jika dibiarkan corak lukisan yang mengikut acuan Melayu kontemporari maka penulis berani mengatakan bahawa Melayu masa akan datang adalah Melayu yang mati jiwa kolektif kesatuannya . Melayu yang kolektif dimasa akan datang majoritinya adalah terdiri Melayu kuli yang tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran tinggi kerana desakan keperluan hidup. Melayu yang berpendidikan tinggi adalah minority dan tidak terlepas daripada belenggu jiwa kuli kerana terpaksa makan gaji untuk membayar hutang pengajian. Nasib mereka akan diwarisi oleh keturunan mereka dan sejarah Melayu menjadi kuli dan sebagai sebuah bangsa kerdil akan berulang.
Meskipun tidak semua miskin tetapi terbelenggu dengan ketidakupayaan untuk bergerak dan meransang apa-apa bidang yang cuba diangkat atas nama bangsa Melayu. Ini adalah hasil pola dasar bangsa Melayu itu sendiri yang diteraskan oleh orang-orang Melayu dan kepimpinan Melayu kontemporari. Sehubungan itu adalah baik topic perbicaraan mengenai Melayu wawasan ini diperincikan. Tujuannya ialah untuk mengangkat darjat dan mutu kebudayaan dan cara hidup Melayu kepada kelas pertama dan terulung.
Melayu pada masa akan datang tidak mementingkan perjuangan bangsa secara kolektif. Pada masa itu memang ada orang Melayu yang berjaya , menjadi koperat dan jutawan. Tetapi bilangan mereka adalah terlalu kecil jika dibanding dengan bangsa lain. Seluruh nilai harta mereka jika dikumpulkan bersama masih tidak dapat menandingi jumlah harta bangsa lain di negara ini. Bangsa Melayu yang majoritinya terdiri dari kelas bawahan dari segi sosial dan ekonomi tidak berminat untuk memikirkan penonjolan diri kerana suasana pada ketika itu tidak mementingkan maruah diri. Diri yang dianggap bermaruah ialah sesiapa saja yang mempuyai harta dan wang ringgit yang banyak. Nasib dan cara hidup orang Melayu yang picisan dan marhaen tidak akan terbela dan terpinggir. Hanya orang Melayu yang kaya saja yang kelihatan menikmati hidup di negara ini dengan sempurna dan menyeronokkan.
Orang Melayu yang hidup sederhana akan berulang-ulang melahirkan waris yang senasib dengan mereka. Tentunya ada juga yang bernasib baik menjadi usahawan dan menjadi jutawan tetapi peluang sebegitu tidak terdedah meluas. Itupun biasanya akan terpaksa mengadai maruah diri, adat budaya dan lebih-lebih lagi agama. Mereka berdiri atas kejayaan sendiri secara peribadi dan berkepentingan diri sendiri. Mereka tidak mahu menyumbang kepada bangsa sendiri yang terpinggir. Mereka mengaggap kejayaan mereka adalah hasil usaha diri mereka sendiri malah mereka menyalahkan majoriti bangsa sendiri yang dianggap mewarisi jiwa yang lemah, pemalas dan tidak berani berusaha dan mencoba menongkah arus kehidupan.
Mereka mengaggap diri mereka istimewa kerana berprestij dan bermerit tinggi. Mereka menghina bangsa sendiri dan amat malang dan tidak mustahil juga kepada keluarga mereka sendiri. Keadaan yang sumbang ini dilihat pada hari ini tetapi tidak sumbang pada ketika itu. Ini adalah disebabkan trend kehidupan pada masa itu tidak lagi menilai kelemahan sebagai suatu takdir dan atas sebab nasib yang telah tersurat. Orang yang tidak bernasib baik yang datang dari satu warga yang masih lagi mempunyai ikatan persaudaraan yang dekat akan dianggap seperti barah dalam diri dan tidak akan dipedulikan..
Kelompok Melayu yang berjaya ketika itu tidak mengindahkan nasib bangsa kerana beranggapan masa dan zaman ketika itu tidak menilai kejayaan bangsa tetapi kejayaan individu. Mereka mempunyai standard yang tinggi yang dicipta oleh datuk nenek mereka yang hidup pada hari ini. Mereka tiada semangat memperjuangkan hak bangsa secara kolektif tetapi mereka sanggup berbunuhan mengadai nyawa dan maruah diri untuk mempertahankan status elit, intelek dan penguasaan material diri mereka dan keluarga mereka sahaja. Sempadan keluarga dekat pula adalah terbatas . Keluarga hanya terdiri daripada ayah, bapa, ibu dan adik-beradik saja. Tiada lagi istilah keluarga yang meliputi ibu dan bapa saudara, datuk,nenek, sepupu atau ipar duai.
Mereka menganggap mereka adalah dari orang Melayu yang mempunyai kelas yang tinggi setaraf dengan bangsa lain mengikut indikator material dan ekonomi yang mereka kuasai atau miliki. Mereka hidup dalam kemewahan dan dalam kelas sosial yang tinggi bersama bangsa lain yang pada ketika itu bukan suara paduan bangsa menjadi ukuran tetapi kekayaan yang menjadi keutamaan.
Agama akan terpinggir dan tidak mustahil agama juga dianggap sebagai satu aliran falsafah hidup yang banyak mencipta sekatan dan menghalang kemajuan. Ini adalah disebabkan mereka menjalani hidup seharian berdasarkan material dan kepuasan yang berkiblat atau berasas kepada nafsu yang hakikatnya tidak mereka ketahui. Apa jua yang memberi kesenangan dan kepuasan dan keseronokan, mereka menganggap itulah yang membahgiakan dan itulah yang menjadi halatuju matlamat yang hendak dicapai. Mereka tidak menjadikan agama sebagai pegangan mahupun panduan. Agama bagi mereka adalah suatu budaya kolot yang menyekat kebebasan dan menghalang tercapainya kepuasan yang dihajati. Tidak mustahil agama juga akan ditolak oleh mereka kerana mereka mengecapi kesenangan tanpa keterlibatan unsur agama.
Orang Melayu ketika itu berlumba-lumba mencari nama melalui keupayaan mereka mengumpul harta dan pencarian untuk menjadi orang kaya dan jutawan diharungi dengan tidak menghiraukan kepentingan orang dan hak orang lain. Asal ada kesempatan untuk meraih keuntungan mereka tidak akan melepaskan peluang. Penipuan dan penindasan intelektual menjadi norma hidup. Istilah perundangan belantara digunapakai. Cuma konsepnya saja yang berlainan. Jika konsep perundangan belantara dahulu yang bermaksud siapa kuat tenaga fizikalnya maka merekalah yang survive atau siapa kuat merekalah yang berkuasa kini konsep ini adalah serupa kecuali pendekatannya kalau dulu di hutan tetapi kini dalam kehidupan moden yang serba canggih.
Siapa yang mempunyai akal kancil maka berduitlah mereka dan berkuasa. Mempunyai kecerdikan tetapi jujur tidak akan menjamin kecemerlangan diri kerana pada lumrahnya orang yang jujur akan dipergunakan dan tertindas tanpa disedari. Orang yang jujur akan kalah dalam segala pertandingan dengan orang yang setaraf kecerdikannya tetapi tidak jujur. Masyarakat ketika itu memenangkan mereka kerana budaya masyarakat cenderung kepada kelicikan dan memperlekeh nilai murni yang dianggap kolot.
Sistem kemasyarakatan adalah sakit ketika itu dan virus atau kuman penyakitnya sedang dibiak oleh pemimpin Melayu kontemporari. Cuma pada ketika ini dan seterusnya, kelebihan mereka ialah mereka mempunyai ubat penawar terhadap kuman atau virus yang sedang diciptakan. Mereka dan keluarga serta keturunan mereka yang setia kepada sistem yang dicipta berdasarkan kepuasan ini akan terselamat dari bahaya penyakit itu kerana mereka selaku pembawa dan penyebar terhadap sistem itu adalah immuine dengannya.
Sakitnya sistem sosial ketika itu adalah dinilai pada hari ini tetapi pada ketika itu sistem itu telah diterima pakai dan diamalkan dengan penuh kebanggaan. Formula penawar penyakit itu ialah kesediaan mereka memilih cara hidup dengan meletakkan kepuaasan sebagai indikator. Lebih tinggi kepuasan yang boleh dirasai maka lebih tinggilah harganya dan ini berlaku kepada semua benda yang berupa barangan, perkhidmatan dan perasaan.
Kuasa mereka tidak terbatas atau terikat kepada bangsa tetapi kepada setiap orang yang dikenali sebagai pengguna yang memerlukan barangan dan perkhidmatan yang diberi dan dibekalkan oleh mereka. Apabila mereka berkuasa dengan pengaruh wang ringgit merekalah yang menentukan dasar harga. Ketika itu kuasa politik tidak bermakna kerana pada hari inipun telah kelihatan bahawa kuasa politik digerakkan dengan wang ringgit. Pengaruh politik boleh dibeli dengan wang ringgit dan wang ringgit dianggap ibu segala kebahagiaan.
Hal ini akan terjadi ketika itu memandangkan amalan dasar yang diadakan dan dipraktek serta dilatih pada hari ini adalah ke arah itu. Melayu hanya tinggal nama. Mereka yang berjuang atas nama bangsa secara kolektif ketika itu tidak mempunyai klas dan penghormatan. Mereka hanya dianggap picisan dari golongan yang tidak mempunyai maruah dan nilai kerana mereka tidak mempunyai kuasa wang ringgit yang menjadi ukuran ketika itu. Mereka juga mudah dibeli kerana kos kehidpan mereka malah nilai kos hidup sekeluarga mereka sepanjang hayat boleh dibeli, atau dengan perkataan lain boleh ditanggung dengan wang ringgit yang mereka miliki.
Ketika itu menuntut kebebasan dari kelompok materialistik adalah suatu usaha yang dianggap sia-sia dan bebal kerana mereka mahu tidak mahu terpaksa hidup secara hipokrit. Apabila dibantu, mereka terpaksa menyokong dan apabila dibuang maka jadilah mereka manusia terpinggir yang hidup dengan kepapaan atau kalau pun mereka hidup sederhana, mereka tidak berupaya mengubah keadaan. Manakala nilai-nilai murni yang cuba diamalkan oleh mereka akan menjadi unsur-unsur yang menusuk diri sendiri sebagaimana pepatah Melayu makan hati berulam jantung.
Dalam keadaan hidup yang tertekan dan terdesak, minat untuk mengembangkan dan menambah zuriat tidak gairah dan menjadi cita-cita. Pemikiran mengundang beban dan kesusahan untuk menyara anak dan keluarga yang besar akan menjadi keyakinan. Akhirnya akan menyebabkan penurunan peratusan kelahiran mahupun pertambahan keturunan mereka. Itulah Melayu yang wujud ketika itu hasil dari dasar datuk nenek moyang mereka yang berkuasa pada hari ini dan dahulu.
Ketika ini pemimpin mereka berlomba-lomba menunjukkan kebijaksanaan membuat dan mengumpul harta atas nama pembangunan dengan pelbagai usaha dan cara bagi membuktikan mereka sentiasa peka dan berusuaha menjadikan bangsa mereka maju. Pada hakikatnya keuntungan hakiki dan pemilikan harta warisan jatuh ke tangan orang lain dan ini telah terbukti bahawa telah banyak harta pusaka Melayu telah tergadai secara terhormat dan sah di sisi perundangan kepada bangsa lain yang juga menggelarkan diri mereka sebagai bangsa yang mempunyai hak yang sama untuk hidup dengan harmoni di negara ini.
Memang tidak dapat dinafikan lagi penglibatan mereka yang dahulunya merupakan bangsa pendatang dan asing tetapi mereka telah lebih cepat mengenal duri dan ranjau kehidupan dan melihat masa depan berbanding bangsa Melayu sendiri. Hasil dari penat lelah dan usaha mereka dikecapi dan diwarisi oleh anak cucu mereka. Mereka berjaya dengan mudah memiliki dan mewarisi segenap penjuri bumi negara ini tanpa halangan kerena mereka juga berhak dan merupakan sebuah bangsa yang serupa dengan bangsa Melayu dari segi undang-undang.
Hak istimewa ini telah mereka perolehi hasil dari tuntutan datuk nenek moyang mereka yang hidup sebelum ini, pada hari ini dan setererusnya diwarisi oleh mereka di masa akan datang. Kekuatan mereka tidak dapat terlawan mahupun dicabar kerana trend kehidupan pada hari ini menggunakan formula mereka yang bersandarkan material, harta dan wang ringgit.
Kuasa politik orang Melayu pada hari ini juga telah ternoda dengan kerakusan para pemimpin Melayu sendiri. Mereka telah menjual harga diri dan maruah bangsa tanpa menyedari amanat yang diberikan itu adalah suatu tanggungjawab yang terbeban kepada bahu mereka dan mesti dikembalikan menafaatnya kepada bangsa Melayu. Malangnya pengaruh dan kuasa wang ringgit telah membelenggu mereka dalam usaha mencari kedudukan dan untuk mengekalkan kuasa politik telah menghanyutkan mereka daripada matlmat murni yang sebenar.
Pada awalnya mereka begitu taksub kepada kelebihan individu atau pemimpin yang mempunyai kekayaan yang banyak dapat membantu bangsa sendiri. Pada lumrahnya dan sejak tradisi lagi pemimpin Melayu memang bertanggungjawab membantu pengikutnya daripada kesusahan hidup. Meskipun tidak ditanggung terus seumur hidup tetapi pemimpin yang berada memang mendapat tempat di hati para pengikut dan orang bawahan yang memerlukan bantuan dan perlindungan samada keselamatan mahupun kewangan.
Akhirnya matlamat mengumpul harta dan mencari kekayaan dengan berselindung disebalik terbukanya tangan yang tidak seberapa untuk membantu bangsa sendiri tersalur kepada kepentingan diri sendiri. Cita-cita yang pada mulanya ikhlas dan luhur ternoda dan bertambah teruk apabila pemimpin-pemin besar mereka tidak mengawal mereka dan memberi kepercayaan penuh asalkan setia menyokong pucuk pimpinan.
Amalan mengumpul kekayaan dengan alasan sebagai persediaan untuk membantu orang bawahan yang susah bertambah parah apabila sistem demokrasi membuka seluasnya bentuk pemerintahan rakyat di mana rakyat biasa pun juga mempunyai peluang menjadi pemimpin. Berikutan daripada itu lahirlah pemimpin yang bijak tetapi tidak mempunyai kekuatan dalam kewangan sehingga mereka terpaksa memikirkan cara-cara yang dianggap wajar untuk membuat persediaan. Lama kelamaan tanpa mereka menyedari keadaan dan kenyataan menjadi pemimpin yang bertanggongjawab sehingga mengelincirkan mereka dengan mencari sumber yang dianggap halal oleh mereka atas alasan niat murni dan terpaksa melalui kuasa yang dipegang oleh mereka.
Apabila amalan ini menjadi cara hidup dan berleluasa kepada setiap pemimpin maka terwujudlah norma kehidupan yang sebenarnya tidak sihat, pilih kasih dan berebut-rebut mencipta peluang bukan lagi menanti peluang yang bakal datang. Keikhlasan dan ketulusan tercemar dan bertukar sebaliknya hingga mengikat bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendiri.
Hal ini berlaku dan menjadi bertambah buruk lagi apabila hak-hak rakyat diseleweng atas dasar politik dan perundangan yang memberi kuasa dan kebebasan yang tersendiri kepada para pemimpin Melayu yang terlibat. Wujudnya kumpulan peminpin Melayu kontempori yang ingin berjuang kembali ke arah ketulusan dan ketelusan dipandang serong oleh teman-teman yang lain. Ini adalah disebabkan majoriti daripada kalangan peminpin Melayu telah terperangkap dan terikat dengan budaya yang tidak sihat ini.
Kumpulan minoriti memang pada lazimnya tidak dapat menandingi pengaruh kumpulan majoriti dan mengakibatkan perjalanan politik Melayu kontempori tidak selancar dan mulus sebagaimana diharap. Sebaliknya sentiasalah termeluap dengan isu-isu yang berbau busuk bukan saja di parlimen yang dihormati malah kepada rakyat jelata. Hal inilah yang akan menghancurkan orang Melayu sendiri dan mewujudkan suatu bangsa Melayu yang berjiwa kerdil dan kecil pada masa akan datang. Mereka tidak akan berani memperkatakan yang hak apabila diri mereka sendiri tercengkam dengan hutang piutang. Hutang kewangan dan terhutang budi dan ditambah lagi dengan nilai budi bahasa bangsa yang telah tercemar.
Mereka menjadi kaum minoriti dalam memperjuangkan yang hak walhal kuantiti mereka boleh dibanggakan. Disebabkan jiwa mereka kerdil mereka mudah diperlekehkan terutama kepada golongan yang ingin mendapatkan kembali kuasa mahupun keupayaan diri dalam material dan ekonomi. Ketika itu tiada apalah yang dapat diharapkan daripada koperat Melayu kerana kehidupan mereka tidak bersandarkan peradaban halus yang berseni kebudayaan. Mereka hidup dikelambui material dan harta kekayaan. Membantu pejuang Melayu untuk mengembalikan kuasa dan ekonomi adalah mimpi dan dianggap mustahil kerana mereka dibesarkan oleh dunia material dan nafsu.
Dunia yang diharungi mereka telah meyakinkan mereka bahawa segalanya menjadi mudah dengan wang ringgit maka apa perlunya membantu bangsa yang lemah walaupun mereka adalah bangsa Melayu sendiri. Perjuangan untuk menaikkan bangsa ketika itu adalah kuno dan tidak akan mendapat perhatian dan kewajaran yang mendorong minat yang tinggi. Perjuangan yang menarik minat besar dan menjadi idaman setiap orang Melayu adalah bagaimana untuk menjadi kaya dan keluar dari kelompok manusia Melayu yang majoriti tetapi dianggap tidak berwawasan dan lemah.
Pada ketika Melayu merempat di bumi sendiri, peradaban orang Melayu tidak boleh dipersalahkan dan tidak boleh juga mereka mencemburui kejayaan bangsa lain kerana kekuatan adalah berdasarkan perolehan dan kuasa wang ringgit yang menjadi asas segala aktiviti. Banyak diantara yang menyedari hal ini dan berasa insaf dengan perangai bangsa sendiri. Mereka hanya berupaya mengeluh kerana pada waktu yang sama terdapat juga Melayu yang dibangga-banggakan. Malangnya tiada apa yang boleh diharapkan daripada mereka kerana mereka sendiri memperlekeh bangsa sendiri. Malah ada yang berani mengaku bukan bangsa Melayu dan malu berwajah Melayu.
Bersambung……….
Petikan dari sebuah buku mengenai Melayu yang bakal terbit oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Pemikiran Falsafah Adat
Keling, ular dan mata keling
Ada satu bidalan dalam adat Melayu berbunyi “kalau bertemu ular dengan keling, bunuh keling dulu”. Bidalan ini amat sensitif dan dalam keadaan sekarang, di zaman moden dan kontemporari bidalan ini perlu diluputkan. Jangan sampai ada sesiapa pun lebih-lebih lagi dari kalangan pemimpin samada dari pemimpin Melayu mahupun India serta apa bangsa pun dibiarkan menggunakan bidalan ini.
Tujuan penulisan mengenai bidalan ini adalah hanya semata-mata untuk memperjelaskan keunikan dan kedalaman falsafah pemikiran orang Melayu berdasarkan pengalaman hidup dan amalan seharian yang akhirnya telah diterima menjadi budaya dan kebudayaan. Bidalan yang sensitif ini bukanlah dicipta mengikut nafsu kemarahan dan fikiran yang dangkal. Meskipun di satu pihak kelihatan memperlekeh dan menghinakan tetapi sebenarnya ini adalah hasil dari kebudayaan leluhur orang Melayu sendiri.
Bagi mereka yang tidak mengenal asal-usul orang Melayu, perkataan dan pemahaman yang dangkal mengenai bidalan ini amat suka dieksploitasi. Kadang-kadang menjadi bahan ejekan tanpa mengetahui hubungan pengertian falsafahnya yang tinggi. Jika disusur sejarah kebudayaan dan asal usul orang Melayu, pelbagai teori sejarah penghijrahan telah dimaklum dan diterima pakai dalam bidang keilmuan. Salah satu daripadanya ialah kebudayaan Melayu adalah hasil percantuman kebudayaan India purba dengan Cina purba.
Secara rengkas, kebudayaan Melayu adalah hasil asimilasi dan adaptasi dari dua budaya purba tersebut dan disesuaikan mengikut geografi setempat. Hasil dari pertembungan, asimilasi, adaptasi dan kesusuai penggunaan dalam norma hidup akhirnya melahirkan satu kebudayaan yang juga bertamadun tinggi iaitu tamadun dan kebudayaan Melayu. Ini telah terbukti dalam penelitian dan pengkajian terhadap sejarah dan kebudayaan Melayu purba yang telah wujud semenjak kerajaan Ayuthia, Melayu Campa, Langkasuka, Sri Vijaya dan Melayu Melaka.
Sebagai contoh, hingga ke hari ini masih ramai orang Melayu percaya, ular melalui matanya dapat merakam imej pemangsa atau orang yang menganiaya. Jika ular itu terbunuh maka suku sakat atau keluarga ular berkenaan dipercayai akan mencari pembunuh untuk membalas dendam. Imej mangsa yang terakam dalam mata ular yang mati dijadikan panduan oleh ular-ular yang akan membalas dendam. Maka, apabila orang Melayu membunuh ular, mereka akan menghancurkan kepala terutamanya bahagian mata ular. Jika ular yang tercedera terlepas hidup, biasanya orang Melayu tidak tidur lena kerana khuatir, ular berkenaan beserta suku sakatnya akan datang membalas dendam. Dan yang ironinya, mereka percaya bahawa ular itu akan membalas dendam kepada ahli keluarganya jika orang yang dicari tidak dapat dibalas atau tidak ditemui.
Kepercayaan ini memang dianggap karut ketika ini. Malah kepada orang asing terutama dari barat di zaman penjajah juga tidak percaya dan dengan mudah menggunakan kepercayaan-kepercayaan karut dan adat-adat kalut Melayu sebagai senjata mereka menjajah di negeri ini. Namun kesinambungan kepercayaan khususnya yang berkaitan dengan ular perlu diketahui oleh semua bangsa di negara ini agar satu pradigma pemikiran dapat diselaraskan dengan pemahaman yang baik. Hal ini juga perlu supaya sikap saling menghormati terhadap kebebasan sesuatu kaum dengan kepercayaan terhadap sesuatu agama tertanam dalam setiap diri rakyat yang berkongsi hidup di negeri ini. Seperti hal berkenaan dengan ular dan bidalan Melayu di atas jika salah digunakan pasti boleh mengakibatkan berlaku peristiwa pergaduhan kaum dan pertumpahan darah mahupun terkorbannya nyawa jika tidak dibendung melalui pengertian dan kefahaman yang diajarkan.
Ini adalah akibat ketidakfahaman jika orang Melayu tidak mengetahui asal-usul budaya sendiri. Sejarah budaya mencatatkan bahawa adat kebudayaan India diwarisi oleh orang Melayu sejak mula bertamadun dan berkebudayaan. Orang Melayu juga adalah penganut agama Hindu kemudian bertukar kepada Hindu-Budha, Budha dan akhirnya menganuti Islam. Tentu sekali setiap kepercayaan dan upacara spiritual yang diamalkan adalah berdasarkan kepercayaan yang dianggap terbaik dan dianuti pada masa itu. Islam terbukti sangat sempurna dan menyempurnakan kepercayaan-kepercayaan yang terhasil dari minda manusia kepada peraturan yang ditentukan Tuhan.
Maka, apabila dalam ajaran Islam ada juga berkenaan ular, orang Melayu cepat menerima dan meneruskan keyakinan lama yang telah menjadi adat dan kepercayaan mengenai ular sebelum Islam. Dalam kepercayaan Hindu, ular adalah diantara yang melambangkan kesucian. Ular sinonim dengan dewi dan Tuhan rahmat. Begitu juga dengan kepercayaan Budha yang menitik beratkan kesempurnaan roh dan dalam makhluk binatang itu ada mempunyai roh-roh dalam proses kesempurnaan.
Dalam Islam pula, digalakkan membunuh ular berbisa. Tetapi dengan beberapa pedoman seperti dilarang membunuh ular yang memasuki rumah sebelum memberi amaran kerana dibimbangi ular berkenaan adalah jelmaan makhluk jin. Sesetengah ular juga dikatakan mempunyai kuasa berbahaya melalui bisa yang boleh membutakan mata manusia jika terkena meskipun dari jarak jauh dan ada diantaranya boleh menggugurkan janin atau anak dalam kandungan bagi perempuan yang sedang hamil.
Pada hakikatnya, ular adalah sejenis haiwan yang dapat diambil faedah daripadanya dan juga sebaliknya. Bagi kaum India pula, ular adalah lambang ketuhanan, suci dan jelmaan dewa-dewi. Mereka memuja ular sebagai entiti terhormat dan tinggi. Sehubungan dengan itu, dalam ajaran Hindu, ular merupakan entiti yang disanjung dan diterima sebagai dewi atau dewa yang berkuasa dan memberi pelbagai kebaikan dan perlindungan kepada manusia yang menganuti kepercayaan tersebut.
Bagi orang Cina pula, kebanyakannya mempercayai ular sebagai haiwan yang mempunyai kebaikan dan keburukan. Dagingnya dianggap mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kesihatan. Malah darah ular juga diproses menjadi bahan perubatan bagi penyakit tertentu. Dari segi spiritual pula, ular juga mendapat tempat yang baik. Tahun ular dianggap sebagai tahun yang mendatangkan tuah dan kebaikan. Ular menjadi perlambangan tertentu dan diterjemahkan dalam banyak kehidupan masyarakat Cina. Seni pertahanan diri dari pemerhatian terhadap perilaku ular telah dicipta dan diamalkan oleh mereka. Mereka juga percaya ular adalah jelmaan roh-roh baik yang boleh dijadikan tempat bergantung dan memohon bantuan dalam mengatasi pelbagai masalah mereka dalam kehidupan.
Tanggapan budaya terhadap ular terus berlaku sepanjang masa dan proses meletakkan kedudukan ular dalam kehidupan manusia adalah bergantung kepada anutan dan kepercayaan. Begitu juga terjadi dalam proses kebudayaan Melayu. Ular pada suatu ketika dianggap mempunyai unsur yang baik dan pada ketika yang lain melambangkan kejahatan. Apabila manusia Melayu telah membudayakan diri dalam anutan Islam, maka pengaruh penerimaan falsafah mengenai ular adalah mengikut kefahaman Islam disamping berbaur dengan kepercayaan nenek-moyang yang pernah menganut kedua agama Hindu dan Budha.
Lantas apabila berlaku pertembungan fizikal manusia Melayu dan India pada suatu masa dahulu, maka tergambarlah sinonim kepercayaan kepada ular kepada watak India yang menyanjung kedudukan dan status ular mengikut kebudayaan India yang tidak lagi diterima oleh kepercayaan orang Melayu. Ditambah dan dibuktikan pula oleh pengalaman hidup yang telah membudaya. Anak-anak diajar dengan bidalan-bidalan khusus yang mengaitkan karekter ular dengan orang India.
Pada dasarnya bidalan-bidalan ini menjadi falsafah adat atau sinonim peristilahan yang dianggap sebagai tepat. Bidalan ‘kalau bertemu keling dan ular, hendaklah bunuh keling dulu’ adalah bidalan yang tercipta dalam strateji peperangan bangsa Melayu terhadap musuh dari suku keling dari tanah India. Perlu diingatkan bahawa bidalan ini tidak berlaku kepada masyarakat India biasa yang bukan musuh dan yang beragama Islam atau beragama selain Hindu. Ini adalah kerana orang Melayu pada zaman dahulu sebenarnya sangat arif tentang kepercayaan orang India terutama yang berasal dari Kalinga, India. Mereka sangat fanatik di satu pihak manakala di pihak yang lain mereka sebenarnya adalah penganut yang sangat tebal keyakinan dan kepercayaan mereka terhadap ajaran dan amalan agama Hindu dalam setiap detik kehidupan.
Orang Keling sanggup menggadai nyawa dan berkorban demi agama. Seperti agama lain, unsur-unsur ketuhanan adalah dianggap sangat suci. Dalam hal ular yang merupakan tuhan Dewi kepada mereka, maka adalah wajar mereka berusaha sedaya upaya mempertahankan entiti berkaitan ular dari dianiaya dan dihina. Mereka akan berjuang habis-habisan mempertahankan kesucian tuhan mereka. Hal inilah mesti difahami oleh semua bangsa yang sering berintraksi dengan mereka bagi menjamin dan menjaga kehormatan diri masing-masing dan memastikan keharmonian hidup bersama dapat dinikmati.
Dari segi ketepatan peristilahan yang tercipta oleh budaya Melayu, suatu keunikan memang dapat dikesan yang melambangkan kepintaran, tajam pemerhatian dan keberkesanan. Ini dapat diukur dari corak pemikiran Melayu dalam gurauan dan juga falsafah pemikiran. Bidalan ‘ jika bertemu ular dengan keling, hendaklah bunuh keling dulu’ secara berjenaka mahupun dengan pengamatan memang ada kebenarannya. Hal ini mudah difahami lebih-lebih lagi kepada masyarakat Melayu yang berpendidikan. Namun hal ini amat berbahaya jika dimainkan dengan tujuan mencari kemarahan atau provokasi dan berniat jahat.
Perlu diketahui bahawa pertembungan manusia Melayu dengan Keling bukanlah baru. Terdapat banyak catatan sejarah dan dalam kesusasteraan Melayu dan India mengenai peradaban Melayu dan Keling. Pengalaman hiudp hasil dari pertembungan budaya dan juga falsafah telah memantapkan hasil pengamatan kedua pihak. Keunikan perbidalan Melayu adalah ketepatan dan kedudukannya yang bersahaja tetapi amat mendalam pengertian dan mudah difahami dan diterima umum.
Keunikan ini terjadi kerana ketepatan gambaran yang disebut dalam patah perkataan yang padat dan rengkas begitu cepat mendorong ilusi yang jitu. Pada realitinya pula, lakonan hasil budaya pula berulang sebagaimana digambarkan oleh minda manusia Melayu itu.Kembali kita kepada contoh perbidalan tersebut dimana jika kita benar-benar bertemu seorang India dan waktu yang sama ada seekor ular berbisa di situ, kita akan melihat suasana kelam-kabut yang sungguh celaru diwujudkan oleh India berkenaan daripada apa yang dikhuatirkan terhadap ular itu sendiri. Percobaan kita untuk menawan ular dengan menangkap atau membunuhnya sebelum ular itu mendatangkan bencana akibat patukannya, akan terhalang dan menghadapi bahaya yang lebih teruk akibat tingkah dan tindakan Keling itu.
Dalam pengalaman hidup, dalam kebudayaan Melayu memang pernah berlaku orang Melayu yang khuatir akan diri dan keluarganya mati dipatuk ular berbisa mati terbunuh angkara keling itu. Keling pula terselamat dari pertuduhan dan hukuman, kerana kepintaran dan alasan yang diberi membabitkan kepercayaan dan pantang larang mereka. Maka lahirlah perbidalan yang unik ini. Langsung diterima dan menjadi budaya perbidalan dan pemikiran Melayu lama. Namun begitu orang-orang Melayu tidaklah mengamalkannya dalam hidup seharian. Mereka pada hakikatnya tidaklah membunuh keling terlebih dahulu sebelum membunuh ular merbahaya itu.
Pada kenyataannya, bidalan ini bermaksud situasi yang menjadi porak peranda yang dimainkan oleh petualang yang mempunyai niat buruk terhadap sesuatu isu supaya menjadi bertambah buruk dan mengambil keuntungan dari pergolakan itu. Jika dibuat andaian penerimaan secara spontan maka akan tergambarlah bahawa betapa buruknya perangai seorang keling. Perangai orang Melayu juga tidak kurangnya kerana seperti suka menghina. Tetapi haruslah diingat bahawa watak keling dalam perbidalan ini bersikap begitu kerana pandangan suci dan hormat mereka kepada dewi yang dipercayai ada pada diri ular itu. Keunikan dan dalamnya falsafah pemikiran dan kebudayaan Melayu pula terletak pada pengamatan dan amalan yang pada realitinya tidaklah mereka benar-benar mesti membunuh keling terlebih dulu apabila terserempak keling dengan ular berbisa.
Dari falsafah perbidalan dalam kebudayaan Melayu ini juga, telah mencetuskan idea-idea yang sinonim seperti itu. Banyak perbidalan tercipta hasil peristiwa dan tanggapan masyarakat dengan kefahaman yang begitu mendalam dan tepat. Ciri-ciri pengamatan dan kepintaran ini telah menghidupkan daya kreatif Melayu dan terus berkesinambungan mengikut kesesuian tempat dan zaman. Ciri-ciri ini telah melonjakkan kedudukan falsafah kebudayaan dan pemikiran Melayu sebagai salah satu kebudayaan bangsa manusia yang tua dan ulung dalam dunia tetapi sayangnya, manusia Melayu itu sendiri pada hari ini tidak dapat merasakan keunikannya.
Lebih malang lagi, mereka tidak rasa bangga terhadap pewujudan kebudayaan tinggi hasil dari pemikiran dan pengamatan nenek-moyang mereka. Dan sangat malang, sebenarnya falsafah pemikiran dan adat kebudayaan Melayu pada penelitian sarjana barat, adalah lebih tinggi atau standing dengan bangsa asing yang maju tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemikiran bangsa Melayu itu sendiri. Mereka sangat membanggakan amalan kebudayaan bangsa asing tanpa mengetahui kebudayaan dan falsafah kebudayaan bangsa Melayu sendiri adalah lebih jauh tinggi dan bermutu.
Antara lonjakan dan ciptaan gambaran dari perkatan Melayu yang boleh diperbincangkan ialah ‘mata besar keling, mata sepet cina & mata layu Melayu’. Sepintas lalu kita akan terbawa kepada pemikiran yang memahami atau dapat melihat karekter tuan badan mata tersebut. Contohnya mata besar keling menggambarkan cemas & akal yang bercelaru hasil marah dan ketidak sabaran tetapi mempunyai tujuan yang tersembunyi. Begitu juga dengan ‘mata sepet Cina’ yang menggambar kelihatan seperti kecil penglihatannya tetapi sangat berhati-hati disamping mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengambil peluang dan kesempatan yang ada. Manakala mata Melayu layu menggambarkan orang Melayu kurang peka dan sensitif, lalai dan malas tetapi bernafsu tinggi. Akhir sekali, sukalah penulis mengingatkan bahawa pengertian dan kefahaman mengenai falsafah bukanlah mudah diperolehi dengan fikiran yang dangkal. – Tun Sheikh Bendahara -