Memajukan Islam Malaysia……
Mengikut
statistik rambang dan menyeluruh terdapat kurang lebih 35% ahli professional
terlibat menggerakkan aktiviti dan menjadi pemimpin NGO Islam. Jumlah
keseluruhan mereka mengikut kiraan tergapai dalam bancian ialah 5,000 orang.
Maksudnya hanya 1750 sahaja yang menjadi
pemimpin atau ahli jawatan kuasa yang aktif dalam NGO Islam. Siapakah para
professional ini? Mereka ialah rakyat Islam Malaysia yang bekerja sepenuh masa
dengan tauliah ijazah ilmu asas, pakar
mahupun kemahiran tinggi mereka . Mereka dari pelbagai jurusan dan bidang tetapi
tidak termasuk para daei atau ustad dan tuan guru yang professional dalam
sebarang pengajian Islam. Dengan kata lain para professional ilmuan Islam yang
bukan teknikal dan para daei tidak termasuk dalam statistic ini tetapi para
peguam dan para pendidik yang bukan digolongkan oleh para ulamak Islam sebagai
ulamak ugama adalah diperhitungkan dan mereka adalah dari pelbagai suku bangsa.
Ketika
NGO-NGO Islam ini kelihatan seperti menjadi tunjang dan bergabung dengan
pengaruh politik Parti PAS, pengaruh perjuangan dan mentaliliti parti itu amat
digeruni. Para professional ini dapat menghidu suku-suku bangsa bukan Melayu
dan bukan Islam dikerah oleh pemimpin politik mereka supaya menubuhkan pelbagai
NGO untuk menjadi tulang belakang perjuangan menuntut dan menjaga kepentingan
sukubangsa mereka.
Apabila
beberapa pertubuhan dan NGO Cina dan India seperti Jiashu atau Kiasu dan Hindraf
dan lain-lain kelihatan seolah-olah mantap dengan perpaduan dan serius
memperjuangkan kepentingan suku kaum yang mereka wakili, kerajaan AMNOBN yang merasa terhimpit dan
merasa panas bahang mereka, mula menggerakkan penubuhan NGO-NGO dan persatuan
bersentrikkan Melayu. Malangnya ia kelihatan begitu ekstrim dan kurang
keintelektualan kerena kurang perancangan kemas. Ini disebabkan NGO-NGO yang
ditaja AMNO tidak diketuai oleh pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Banyak
pemimpin NGO Islam yang berwibawa tidak berminat dengan politik Melayu AMNO.
Mereka menganggap NGO-NGO tajaan AMNO tidak
memiliki standard dan nilai universal. Ini adalah kerana banyak professional
Melayu yang memiliki nilai universal menjauhkan diri dari politik Melayu.
Mereka menganggap penguasaan politik Melayu telah tercemar dengan peradaban rendah. Keperibadian
tokoh-tokoh serta para ahli politik dilihat tidak mengutamakan subjek atau
rakyat tetapi lebih banyak mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Mereka
digambarkan seperti kumpulan yang telah rendah moral dan akhlak kerana gagal
membersihkan bidang politik yang dikuasai dari budaya rasuah, penyelewengan, pecah
amanah dan salah menggunakan kuasa.
Sehubungan
itu, perjuangan Melayu Islam AMNO terhadap
agama kelihatan begitu hambar kerana terlalu terikat dengan kuasa politik dan
kepentingan Melayu. Ramai para intelektual Melayu pula kelihatan tidak
sensitif apabila masyarakat menggelar mereka sebagai professor kangkung kerana
sering terperangkap menjawab sesuatu isu yang berkaitan dengan mengikut
kehendak ahli politik daripada fakta keilmuan yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka.
Manakala
pengaruh para professional Islam dalam
Parti PAS yang digeruni telah berjaya dikucil dan dipisahkan. PAS kembali kelihatan seperti
kurang bermaya dan terkial-kial untuk bangun memulihkan keyakinan awam terhadap
mereka . Lebih malang apabila dilihat seperti terperangkap dengan jerat
musuh-musuh politik mereka terutama dari parti pemerintah. Manakala pergerakan NGO-NGO
dan persatuan Islam dalam semua bidang seperti sunyi kerana kurang perpaduan.
Aura Islam yang dimainkan oleh AMNO pula adalah seperti wayang.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Putrajaya 22.2.2016